Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PEMERDAGANGAN MANUSIA DIDALANGI WARGA TEMPATAN, ASING TUMPAS

Diterbitkan: 19 Jan 2026 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jitra, 18 Januari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia didalangi tiga rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar dalam dua operasi di sini serta Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-pemerdagangan-manusia-didalangi-warga-tempatan-asing-tumpas-20260119
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:54 MYT
Jitra, 18 Januari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia didalangi tiga rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar dalam dua operasi di sini serta Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Balveer Singh Mahindar Singh, berkata dalam operasi itu, 16 pendatang tanpa izin, dipercayai warga Myanmar, terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun ditahan.

Katanya, pada operasi pertama, pasukan polis melalui Cawangan Risik, Ibu Pejabat Briged Utara PGA dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu melakukan serbuan di Plaza Tol Jitra arah selatan dekat sini kira-kira jam 4 pagi, Rabu lalu.

“Dalam operasi itu, pihak polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna dan kenderaan utiliti sukan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan mendapati ada 16 pendatang tanpa izin dipercayai dari Myanmar dan semua suspek itu memasuki negara ini melalui jalan tidak diwartakan dari negara jiran,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Balveer Singh (kanan) menunjukkan kenderaan yang dirampas ada sidang media Jitra, semalam (Foto BERNAMA) Sindiket pemerd

ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2026 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM