Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Macau Scam Direkrut Di Kemboja Tumpas

Diterbitkan: 31 Dec 2020 5.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 31 Disember 2020 - Sindiket Macau Scam di sini tumpas selepas polis menahan 22 individu termasuk tiga wanita dalam serbuan di sebuah premis pada Selasa. Polis turut merampas dua kereta, 12 pasport dan beberapa peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan itu termasuk tiga komputer riba, 47 telefon bimbit dan 37 set skrip.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-macau-scam-direkrut-di-kemboja-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Ipoh, 31 Disember 2020 - Sindiket Macau Scam di sini tumpas selepas polis menahan 22 individu termasuk tiga wanita dalam serbuan di sebuah premis pada Selasa. Polis turut merampas dua kereta, 12 pasport dan beberapa peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan itu termasuk tiga komputer riba, 47 telefon bimbit dan 37 set skrip.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, polis menerima 29 laporan kes membabitkan kerugian berjumlah RM360,000. Katanya, siasatan mendapati ahli sindiket berusia 20 sehingga 46 tahun itu adalah warga tempatan.

"Sindiket ini aktif sejak April 2018 dan beberapa individu menjalani latihan seminggu di Laos, Kemboja dan bekerja di negara itu sebelum pulang kerana pandemik COVID-19, Mei lalu. "Pada akhir September lalu, kumpulan ini mula aktif bekerja dengan menerima upah antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan di rumah transit di Menglembu sebelum berpindah ke pusat panggilan penipuan di Taiping.

"Mereka kemudiannya kembali ke Ipoh sebelum ditahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Rabu.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
ArtikelDiterbitkan 31 Dec 2020 5.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM