Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Judi Dalam Talian Raih Rm2 5 Juta Sebulan Tumpas

Diterbitkan: 18 Jan 2024 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 18 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang menahan 13 anggota sindiket judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari Australia dan Bangladesh, dalam dua serbuan berasingan di Jelutong dan Queensbay, dekat sini kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-judi-dalam-talian-raih-rm2-5-juta-sebulan-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:34 MYT
Georgetown, 18 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang menahan 13 anggota sindiket judi dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari Australia dan Bangladesh, dalam dua serbuan berasingan di Jelutong dan Queensbay, dekat sini kelmarin.

Sindiket yang turut menyasarkan pelanggan tempatan itu menggunakan WeChat dan Facebook sebagai medium untuk memasarkan pelbagai permainan judi dalam talian dan dikatakan meraih pulangan sehingga RM2.5 juta sebulan.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin, berkata sindiket cenderung menyasarkan pelanggan dari Australia dan Bangladesh supaya aktiviti perjudian tidak mudah dikesan, selain faktor rakyat asing tidak dapat membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan kerana tidak berada di negara ini.

Mengulas lanjut, katanya, serbuan pertama dilakukan jam 10.45 pagi di sebuah premis komersial di Jelutong dengan empat lelaki dan lima wanita berusia antara 23 hingga 32 tahun ditahan.
Beliau berkata, turut ditahan seorang wanita berusia 32 tahun yang bertindak sebagai pengurus sumber manusia yang merekrut pekerja bagi mempromosi kegiatan perjudian dalam talian itu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2024 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM