Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Jual Bayi Di Instagram Tumpas

Published: 21 Dec 2021 2.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 21 Disember 2021 – Polis berjaya menyelamatkan tiga bayi berumur antara dua hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan bayi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-jual-bayi-di-instagram-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:02 MYT
Melaka, 21 Disember 2021 – Polis berjaya menyelamatkan tiga bayi berumur antara dua hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan bayi.

Kegiatan sindiket dikenali sebagai Geng Nana yang dipercayai aktif menjual bayi di Instagram sejak Mac tahun lalu itu tumpas selepas polis memberkas 14 individu disyaki ahli kumpulan berkenaan.

Semua suspek termasuk ketua geng dipanggil Nana, berusia 33 tahun dicekup dalam beberapa siri tangkapan di sekitar daerah Melaka Tengah, sejak 1 Disember lalu hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan pada 30 November lalu daripada sepasang suami isteri yang mendakwa tidak menerima sebarang dokumen selepas urusan mengambil anak angkat perempuan daripada suspek.

Beliau berkata, pasangan ini membayar RM12,000 kepada sindiket dan selepas empat bulan mereka tidak menerima sebarang dokumen atau surat beranak.
"Pasangan ini kemudian merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis untuk tindakan seterusnya.

"Susulan itu polis melancarkan Op Pintas Nana dan 16 ditahan meliputi Nana, tujuh wanita dan lima lelaki tempatan, empat wanita warga Indonesia serta sepasang suami isteri berusia antara 25 hingga 58 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 21 Dec 2021 2.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM