
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Beroperasi Sepenuhnya Secara Dalam Talian
Kuala Lumpur, 16 Jun 2025 - Taktik sindiket perjudian yang mudah mendapatkan kad SIM didaftarkan atas nama orang lain terutama warga asing menjadi cabaran kepa...
Kuala Lumpur, 16 Jun 2025 - Taktik sindiket perjudian yang mudah mendapatkan kad SIM didaftarkan atas nama orang lain terutama warga asing menjadi cabaran kepada pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan haram itu.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sindiket perjudian itu bebas mendapatkan kad SIM yang didaftarkan di atas nama orang lain dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan bagi tujuan perjudian dalam talian.
Menurutnya, sindiket juga bebas mempromosikan judi dalam talian menggunakan platform media sosial dan polis sukar mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan untuk membuat sekatan promosi.
“Mereka (sindiket) juga beroperasi tanpa bersemuka. Semua urusan dilakukan secara dalam talian bermula daripada pendaftaran pemain hingga membuat pembayaran. la juga mudah untuk dicapai dan dimuat turun oleh orang ramai.
“Pusat panggilan mereka beroperasi di kediaman mewah seperti kondominium yang mempunyai tahap keselamatan tinggi dan menggunakan kad akses untuk masuk juga menyukarkan tindakan penguatkuasaan. Sindiket ini juga kerap bertukar-tukar lokasi,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.