Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Simpan Dua Gading Gajah Secara Haram Seorang Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 09 May 2024 1.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Beli gading gajah seludup pada harga RM10,000 sebatang melalui tawaran di laman jual beli dalam talian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-simpan-dua-gading-gajah-secara-haram-seorang-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:02 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Beli gading gajah seludup pada harga RM10,000 sebatang melalui tawaran di laman jual beli dalam talian.
Itu tindakan seorang lelaki tempatan yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia selepas dikesan menyimpan dua gading gajah secara haram.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu diketuai pegawai Perhilitan, Celescoriano Razond bersama lapan anggota polis bahagian Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Beliau berkata, operasi dilakukan terhadap rumah suspek di Putrajaya pada jam 1.40 tengah hari kelmarin.

“Pegawai bertugas kemudian menunjukkan kad kuasa terhadap anak tiri suspek berusia 20-an sebelum melakukan pemeriksaan terhadap rumah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan kemudian menemui dua unit gading gajah di salah satu bilik di rumah itu,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 09 May 2024 1.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.15 PM