Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Setahun Tragedi Nahas Psp Balu Masih Bergelut Terima Hakikat

Published: 12 May 2026 2.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.55 PM
Ipoh, 12 Mei 2026 - Setahun selepas kehilangan suami dalam tragedi kemalangan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Teluk Intan, Puan Haswati Rosdin masih bergelut menerima hakikat insan yang pernah melengkapkan hidupnya kini sudah tiada. Kesunyian ditinggalkan oleh Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abd Latif, antara sembilan anggota PSP yang terkorban dalam nahas itu, terus menghantui balu berusia 45 tahun itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-setahun-tragedi-nahas-psp-balu-masih-bergelut-terima-hakikat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:07 MYT
 
Ipoh, 12 Mei 2026 - Setahun selepas kehilangan suami dalam tragedi kemalangan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Teluk Intan, Puan Haswati Rosdin masih bergelut menerima hakikat insan yang pernah melengkapkan hidupnya kini sudah tiada.
Kesunyian ditinggalkan oleh Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abd Latif, antara sembilan anggota PSP yang terkorban dalam nahas itu, terus menghantui balu berusia 45 tahun itu.

Malah, rutin harian yang kecil sekalipun kini membawa kenangan yang menyakitkan.
Puan Haswati berkata, beliau akhirnya membuat keputusan sukar untuk berpindah dari kuarters polis pada Disember lalu kerana persekitaran di kem itu terlalu banyak mengingatkan dirinya kepada arwah suami.

“Setiap kali melihat anggota berpakaian seragam atau berbaris, wajahnya terbayang. Tinggal di kem tanpa dia terlalu menyakitkan. Jadi, saya memilih untuk mencari rumah lain,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 12 May 2026 2.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.55 PM