Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Serang Polis Guna Parang

Diterbitkan: 02 Feb 2024 6.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 2 Februari 2024 - Lelaki yang disyaki suspek kes bunuh seorang wanita dipercayai kekasihnya maut ditembak polis ketika serbuan di Blok 15, Pangsapuri Melati Bukit Subang di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-serang-polis-guna-parang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:47 MYT
Shah Alam, 2 Februari 2024 - Lelaki yang disyaki suspek kes bunuh seorang wanita dipercayai kekasihnya maut ditembak polis ketika serbuan di Blok 15, Pangsapuri Melati Bukit Subang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pasukan serbuan melepaskan tembakan ketika cuba mempertahankan diri apabila suspek menyerang menggunakan parang sepanjang 28 sentimeter (cm).
“Jam 5.50 petang sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan serbuan mengetuk pintu beberapa kali, namun tidak dibuka lalu pasukan masuk dan memperkenalkan diri sebagai polis.
“Suspek berusia 20-an bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke arah seorang pegawai,” katanya.

Katanya, pasukan serbuan melepaskan satu das tembakan mengenai mangsa dan merampas parang digunakan dalam kejadian itu.

Dato' Hussein berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2024 6.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM