Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mini Dhaka Klang Pula Digempur Polis

Diterbitkan: 02 Feb 2024 3.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Klang, 2 Februari 2024 - Satu lagi koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) ala 'Mini Dhaka' digempur dalam serbuan Op Khas Aman di kawasan pangsapuri di Jalan Aman Perdana, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mini-dhaka-klang-pula-digempur-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
Klang, 2 Februari 2024 - Satu lagi koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) ala 'Mini Dhaka' digempur dalam serbuan Op Khas Aman di kawasan pangsapuri di Jalan Aman Perdana, di sini, semalam.

Difahamkan 490 PATI ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 2.30 pagi itu, yang diketuai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen Selangor itu.
Serbuan menyasarkan pangsapuri lima tingkat yang dikelilingi kawasan perindustrian, selepas ia dikesan menjadi tumpuan warga asing yang rata-ratanya bekerja di kilang berhampiran.

Malah, ada segelintir PATI menjalankan perniagaan kedai runcit dan menjual produk dari negara mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan warga asing di pangsapuri berkenaan.
Dalam serbuan awal pagi itu, seramai 300 anggota dan pegawai polis lengkap bersenjata mengepung kawasan perumahan terbabit sebelum menyerbu dan memeriksa empat daripada lapan blok pangsapuri.
Difahamkan, pihak polis menjalankan risikan dan pemantauan hampir sebulan di kawasan itu susulan aduan dan maklumat orang ramai berhubung kebanjiran warga asing.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2024 3.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM