
Article
Keratan Akhbar Pilihan Sembilan Penunggang Motosikal Pamer Aksi Bahaya Ditahan
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 - Sembilan penunggang motosikal ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban serta Lebuhraya Uta...
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 - Sembilan penunggang motosikal ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban serta Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah, awal pagi semalam.
Mereka yang semuanya lelaki berusia antara 16 hingga 24 tahun ditahan secara berasingan menerusi Operasi Samseng Jalanan oleh pasukan Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 2.05 pagi.
Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata pemantauan pasukan operasi mendapati penunggang motosikal terbabit melakukan pelbagai aksi berbahaya antaranya “superman”, bersaing sesama sendiri serta zig-zag.
“Polis turut menyita motosikal jenis Yamaha 135LC, Honda Wave dan Yamaha 125ZR yang digunakan mereka.
“Semua tangkapan dan sitaan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai serta BSPT IPD SUBANG JAYA ,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Boost this post to