Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sembilan Bayi Dibuang Sebulan Kpp D11

Diterbitkan: 27 Oct 2021 9.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Malah, lebih menyedihkan, si pelaku jenayah itu kebanyakannya adalah ibu kandung bayi tersebut dan kenalan yang bersubahat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sembilan-bayi-dibuang-sebulan-kpp-d11
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:05 MYT
Petaling Jaya, 27 Oktober 2021 - Sekurang-kurangnya purata sembilan kes buang bayi dilaporkan berlaku dalam sebulan sama ada ditemukan hidup atau mati sejak 2018 hingga September lalu.

Berdasarkan statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 424 kes buang bayi dicatatkan di seluruh negara untuk tempoh tersebut.

Malah, lebih menyedihkan, si pelaku jenayah itu kebanyakannya adalah ibu kandung bayi tersebut dan kenalan yang bersubahat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak 283 bayi yang dibuang ditemukan mati manakala 141 lagi dijumpai dalam keadaan hidup.

Katanya, untuk tempoh tersebut, kira-kira 285 bayi yang dibuang ketika baru dilahirkan manakala 139 lagi dalam bentuk janin.

"Berdasarkan siasatan pihak polis, kebanyakan lokasi bayi dibuang adalah di kawasan rumah iaitu 166 kes selain di masjid, tepi bangunan dan semak.

"Lebih menyedihkan, ada bayi yang ditemukan dalam tandas, longkang, tempat buang sampah malah ada di tanah perkuburan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'HADZMAN JAYA: Sembilan bayi dibuang sebulan NURAINA MASZUREEN 424 kes dilapor tersebut. Kamsiah Hassan berk
ArtikelDiterbitkan 27 Oct 2021 9.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM