
Article
Keratan Akhbar Pilihan Seludup Lembu Dua Bulan Awal
Kota Bharu, 25 Mei 2025 - Aktiviti penyeludupan lembu dan kerbau untuk Aidiladha bukan hanya berlaku menjelang perayaan itu sahaja bahkan bermula sejak hampir...
Kota Bharu, 25 Mei 2025 - Aktiviti penyeludupan lembu dan kerbau untuk Aidiladha bukan hanya berlaku menjelang perayaan itu sahaja bahkan bermula sejak hampir dua bulan dari waktu untuk dikorbankan.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ternakan yang diseludup masuk ke negara ini khususnya Kelantan menerusi Sungai Golok dipelihara terlebih dahulu sebelum urusan korban.
Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan penugasan dari segi rondaan dan kawalan di sepanjang kawasan tanggungjawab sekitar Sungai Golok sejak awal lagi malah menjelang Aidiladha, ia semakin dipergiatkan.
“Ramai yang beranggapan bahawa ternakan ini meningkat menjelang Aidiladha namun penyeludupannya bermula hampir dua bulan lagi dari hari raya kerana penternak akan simpan dulu (pelihara) sebelum urusniaga.
“Untuk tahun ini kita pun sudah buat 15 kes rampasan lembu dan kerbau membabitkan 229 ekor dengan nilai keseluruhan RM2.2 juta sepanjang Januari hingga April lalu,” katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
