Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Seludup Daun Ketum Guna Kereta Api

Diterbitkan: 29 Sep 2021 2.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 29 September 2021 - Penuhkan kontena dengan bungkusan berisi daun ketum sebelum diseludup ke Thailand menggunakan lori atau kereta api menjadi modus operandi baharu sindiket penyeludupan sejak seminggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-seludup-daun-ketum-guna-kereta-api
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT

 

Padang Besar, 29 September 2021 - Penuhkan kontena dengan bungkusan berisi daun ketum sebelum diseludup ke Thailand menggunakan lori atau kereta api menjadi modus operandi baharu sindiket penyeludupan sejak seminggu lalu.

Sindiket itu dipercayai akan mengumpulkan daun ketum sebelum dibawa ke kawasan kargo kontena antarabangsa di sini menggunakan motosikal, pikap atau lori.
Taktik licik itu bagaimanapun berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan seorang suspek bersama 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM21,000 di kawasan kargo kontena antarabangsa dekat sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang sedang leka memunggah bungkusan disyaki berisi daun ketum ke dalam kontena.

Katanya, suspek yang merupakan pengurus di kawasan kontena tersebut dipercayai akan memenuhkan kontena sebelum dibawa keluar ke Thailand menggunakan lori.
"Kami sudah menjejak kegiatan mereka ini selama seminggu dan ini merupakan taktik baharu digunakan sindiket berbanding jalan hutan dan sempadan.

"Kontena ini boleh memuatkan daun ketum mencecah tujuh tan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas dua buah kontena bernilai kira-kira RM30,000 dan sebuah motosikal. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 1 person and text that says 'daun Thailand diseludup operandi Penyeludup sorok tumbuhan dalam kontena sebelum diedar ke negara jiran Sel
 
 
ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2021 2.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM