Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Selangor Rekod Kes Tertinggi Keganasan Rumah Tangga

Diterbitkan: 13 Sep 2023 6.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 September 2023 - Selangor 'menjuarai' kes keganasan rumah tangga diikuti Kedah, Sarawak dan Kelantan dengan kaum wanita terus menjadi mangsa utama berbanding lelaki disebabkan masalah dadah dan ada kes cuma kerana masakan tidak sedap.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-selangor-rekod-kes-tertinggi-keganasan-rumah-tangga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:16 MYT
Kuala Lumpur, 13 September 2023 - Selangor 'menjuarai' kes keganasan rumah tangga diikuti Kedah, Sarawak dan Kelantan dengan kaum wanita terus menjadi mangsa utama berbanding lelaki disebabkan masalah dadah dan ada kes cuma kerana masakan tidak sedap.

Satu statistik yang dikeluarkan Bukit Aman menunjukkan, sebanyak 22,003 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari tahun 2020 hingga Jun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, rekod tertinggi dicatatkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan pada 2021 iaitu sebanyak 7,468 diikuti 5,260 kes pada 2020, 6,540 (2022) dan 2,735 pada tahun ini sehingga Jun lalu.

“Selangor paling tinggi iaitu 4,515, Kedah (2,516 kes), Sarawak (2,094) dan Kelantan (1,670) dengan wanita terus menjadi mangsa utama apabila mendominasi 71 peratus atau bersamaan 15,792 mangsa berbanding lelaki (6,211).

“Paling ramai mangsa keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan usia antara 36 hingga 45 tahun iaitu sebanyak 6,585 kes," katanya kepada Kosmo baru-baru ini.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo Online.
 
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2023 6.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM