Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Garis Panduan Kesalahan Seksual Kanak Kanak Dikemaskini

Diterbitkan: 13 Sep 2023 3.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 September 2023 - Kerajaan akan mengemaskini Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan menerbitkan versi baharu pada Januari 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-garis-panduan-kesalahan-seksual-kanak-kanak-dikemaskini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT
Kuala Lumpur, 13 September 2023 - Kerajaan akan mengemaskini Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan menerbitkan versi baharu pada Januari 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk memastikan sistem keadilan jenayah di Malaysia kekal mengutamakan kanak-kanak.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk tujuan itu.

“la dilaksanakan dengan mengambil kira cabaran-cabaran dihadapi setiap agensi dan memasukkan langkah-langkah khas yang diperkenalkan oleh Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023.

“la turut melibatkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 serta pindaan undang-undang yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan menghadiri sesi pembentangan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak, Bukit Aman di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 15 people and text
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2023 3.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM