Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Rugi Rm405 Juta Angkara Macau Scam

Diterbitkan: 05 Oct 2020 6.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 - Hampir RM405.7 juta rakyat Malaysia rugi hasil daripada penipuan Macau Scam dalam tempoh tiga tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-rugi-rm405-juta-angkara-macau-scam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:28 MYT

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2020 - Hampir RM405.7 juta rakyat Malaysia rugi hasil daripada penipuan Macau Scam dalam tempoh tiga tahun ini.

Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah tersebut adalah melibatkan 6,552 kes dicatatkan sejak tahun 2018 hingga September lalu.

Empat negeri kekal mencatatkan kerugian tertinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bagi tempoh tiga tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, sebanyak RM144.19 juta kerugian dicatatkan melibatkan 1,829 kes penipuan Macau Scam untuk tempoh sembilan bulan bermula Januari hingga 30 September lalu.

Katanya, jumlah itu meningkat kira-kira RM 22.34 juta berbanding tahun lalu iaitu RM121.85 juta dengan sebanyak 2,466 kes dicatatkan manakala bagi tahun 2018 pula adalah RM139.78 juta (2,257 kes).

Hindari diri anda daripada menjadi mangsa Macau Scam. Pelbagai cara digunakan oleh kumpulan penjenayah ini untuk memperdayakan orang ramai. Anda dinasihatkan agar tidak menjawab panggilan telefon dari nombor yang meragukan.

Laporkan sebarang aktiviti jenayah penipuan scam di hotline Jabatan Siasatan Jenayah Komersil 013-2111222.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2020 6.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM