Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Rugi Rm1 52 Bilion

Diterbitkan: 02 Mar 2022 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 2 Mac 2022 - Sebanyak 81,079 kes rakyat Malaysia terlibat dalam penipuan siber membabitkan kerugian RM1.52 bilion dalam tempoh empat tahun sejak 2018.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-rugi-rm1-52-bilion
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT
Petaling Jaya, 2 Mac 2022 - Sebanyak 81,079 kes rakyat Malaysia terlibat dalam penipuan siber membabitkan kerugian RM1.52 bilion dalam tempoh empat tahun sejak 2018.

Penipuan telekomunikasi termasuk Macau Scam mencatat bilangan paling tinggi iaitu 23,161 kes membabitkan nilai kerugian RM986.9 juta.

Ini diikuti pelaburan berjumlah RM827.6 juta dengan membabitkan 6,894 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, selain itu sebanyak 22,282 kes penipuan e-dagang atau pembelian dalam talian dengan kerugian RM166.5 juta serta 19,814 kes pinjaman tidak wujud bernilai RM196 juta.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 6,284 kes berkaitan Love Scam (RM304.8 juta) dan 2,804 penipuan kewangan (e-financial fraud) berjumlah RM277.9 juta direkodkan polis.

Jelas beliau, walaupun pelbagai peringatan dan usaha dijalankan pihaknya serta beberapa agensi berkaitan namun kes penipuan siber semakin meningkat dalam tempoh empat tahun ini.

"Ramai lagi masih ditipu kerana terpedaya dengan tawaran dalam talian dan kurang peka dengan jenayah siber.

"Malah bagi penipuan Macau Scam, identiti mangsa beserta kad pengenalan yang disebut sindiket dengan tepat menyebabkan individu panik dan ditipu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Sejumlah 81,079 penipuan siber Malaysia dalam empat tahun Rugi RM1.52 bilion HANIS termasuk Macau berjumlah
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2022 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM