Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Padah Termakan Janji Manis Lebih Rm3 Juta Lebur

Published: 24 Aug 2020 3.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 24 Ogos 2020 - "Suspek yang dikenali seorang wanita warga emas berusia 68 tahun di Facebook telah berjanji mahu berkahwin dengannya, malah memberi kekasihnya itu wang lebih RM3 juta untuk membeli rumah serta kereta."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-padah-termakan-janji-manis-lebih-rm3-juta-lebur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:31 MYT

Johor Bahru, 24 Ogos 2020 - "Suspek yang dikenali seorang wanita warga emas berusia 68 tahun di Facebook telah berjanji mahu berkahwin dengannya, malah memberi kekasihnya itu wang lebih RM3 juta untuk membeli rumah serta kereta."

Itulah taktik licik seorang lelaki memperdayakan wanita warga emas sehingga mangsa mengalami kerugian RM257,172 yang didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, ACP Tuan Mohd Salleh Abdullah.

Tuan Mohd Salleh berkata, wanita warga emas itu mengenali suspek yang kononnya lelaki warga asing dari Amerika Syarikat (AS) menerusi laman sosial Facebook kira-kira tiga tahun lalu.

Katanya, sepanjang perkenalan, lelaki itu telah menabur pelbagai janji manis kepada wanita terbabit termasuk mahu berkahwin dengannya.

"Suspek juga telah menipu mangsa kononnya sudah menghantar wang tunai sebanyak AS$750,000 (RM3,135,000) bagi tujuan pembelian rumah dan kereta untuk kegunaan mangsa.

"Lelaki terbabit yang dipercayai sindiket ‘love scam’ itu memberitahu mangsa yang wang tersebut akan dihantar melalui ejen penghantaran wang AS," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tuan Mohd Salleh berkata, wanita terbabit kemudiannya telah dihubungi seorang individu yang menyamar sebagai ejen penghantaran wang dari Kuala Lumpur menerusi aplikasi WhatsApp.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 24 Aug 2020 3.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM