Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Jangan Terpedaya Skim Pelaburan Guna Wajah Pendakwah

Published: 12 Dec 2020 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 12 Disember 2020 - Orang ramai diminta agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan haram yang kononnya dikendalikan oleh syarikat patuh syariah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-jangan-terpedaya-skim-pelaburan-guna-wajah-pendakwah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:28 MYT

Putrajaya, 12 Disember 2020 - Orang ramai diminta agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan haram yang kononnya dikendalikan oleh syarikat patuh syariah.

Bagi meyakinkan orang ramai, sindiket pelaburan tersebut dilihat semakin berani apabila menampilkan wajah-wajah pendakwah dan penceramah terkenal pada iklan dan bahan promosi di laman Facebook.

Terbaharu, pendakwah terkenal, Professor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim tampil memberi penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya pembabitan dalam satu skim pelaburan yang mengelirukan itu.

Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau mengesan satu iklan pelaburan yang menggunakan wajahnya tanpa persetujuan bagi menarik pelanggan.

Datuk Mohd. Izhar berkata, beliau secara peribadi kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan wajah-wajah pendakwah dan penceramah untuk mencari rezeki menerusi cara yang haram dan meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan skim-skim pelaburan yang meragukan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.
Sumber: Kosmo

Image may contain: 2 people, text
ArticlePublished 12 Dec 2020 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM