Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Gadai Akaun Bank Demi Wang

Published: 19 Mar 2022 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketika pandemik melanda negara, ramai yang kehilangan pekerjaan, secara tidak langsung ramai yang berlumba-lumba mencari pekerjaan hingga ada yang tanpa menyelidik dengan lebih lanjut tawaran diberikan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-gadai-akaun-bank-demi-wang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:09 MYT
Ketika pandemik melanda negara, ramai yang kehilangan pekerjaan, secara tidak langsung ramai yang berlumba-lumba mencari pekerjaan hingga ada yang tanpa menyelidik dengan lebih lanjut tawaran diberikan.

Sindiket keldai akaun mengambil kesempatan atas perkara tersebut dengan memperdaya mangsa kononnya menawarkan pekerjaan dan meminta akaun mangsa kononnya untuk pembayaran gaji.

Itu antara modus operandi sindiket memperoleh akaun bank untuk dijadikan keldai akaun. Terdapat juga individu yang menyewakan akaun bank milik mereka untuk digunakan oleh sindiket.

Faktor utama mendorong mereka melakukan tindakan tersebut adalah kerana desakan hidup serta ada yang mahu berbelanja lebih tanpa memikirkan kesan akibat tindakan yang dilakukan.

Orang ramai diingatkan agar jangan terpedaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan seperti meminta anda memberikan no akaun dan kad bank.

Ikuti temubual bersama Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kewangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Mazelan Paijan mengenai kesan dan akibat yang bakal dihadapi individu yang menjadi keldai akaun.

 
 
ArticlePublished 19 Mar 2022 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM