Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Satu Taman Satu Polis Di Melaka

Diterbitkan: 06 Apr 2021 8.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 6 April 2021 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjadi kontinjen perintis melaksanakan inisiatif Satu Taman Satu Polis (STSP) untuk meningkatkan kelestarian tahap keselamatan masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-satu-taman-satu-polis-di-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT
Melaka, 6 April 2021 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjadi kontinjen perintis melaksanakan inisiatif Satu Taman Satu Polis (STSP) untuk meningkatkan kelestarian tahap keselamatan masyarakat.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, STSP tersebut merupakan idea yang diusulkan oleh Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali dan telah dipersetujui oleh pucuk kepimpinan tertinggi.

Katanya, sehubungan itu, Melaka kini menjadi perintis inisiatif STSP itu dan satu kajian impak pelaksanaan khususnya kepada masyarakat turut dilakukan untuk memperhebatkan lagi penguatkuasa diguna pakai.

"Program STSP ini menggariskan tiga objektif utama iaitu menghalang atau mengurangkan peluang jenayah berlaku dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah di sekeliling melibatkan komuniti untuk membentuk strategi pencegahan.

"Ketiganya untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan persekitaran mereka dengan kehadiran dan panduan akan dilaksanakan oleh Pegawai Perhubungan Taman (PPT) terdiri daripada pegawai polis yang tinggal di kawasan kejiranan tersebut," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Sumber: Kosmo

May be an image of one or more people and text that says 'MAUSPELANCARAN PELANCARAN MELAKA Ibu Pejabat Polis Melaka menjadi Satu Taman Satu Polis di Melaka
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2021 8.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM