Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sasar Rekrut Pelajar Sekolah

Published: 16 Jun 2022 3.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pelajar sekolah merupakan salah satu sasaran untuk direkrut menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sasar-rekrut-pelajar-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
Kuala Lumpur, 16 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pelajar sekolah merupakan salah satu sasaran untuk direkrut menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

"la bagi meningkatkan kekuatan atau jumlah keanggotaan sesebuah kumpulan kongsi gelap tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kebiasaannya pembabitan segelintir pelajar ke dalam kongsi gelap itu terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin atau daripada keluarga bermasalah.

Dato’ Sri Abd Jalil berkata, Polis Diraja Malaysia turut mengadakan program pencegahan bersama pihak sekolah seperti mengadakan ceramah atau program kesedaran, pemantauan dan bimbingan terhadap pelajar bermasalah.

"Kita turut mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis di setiap sekolah untuk berkongsi maklumat dan tindakan bagi mengatasi penglibatan pelajar sekolah dalam kongsi gelap.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text
ArticlePublished 16 Jun 2022 3.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM