Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sanggup Risiko Diri Buat Laporan Palsu

Diterbitkan: 14 May 2022 5.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang Jaya, 14 Mei 2022 - Walaupun menyedari implikasi serta tindakan undang-undang bakal dihadapi, namun masih ada segelintir masyarakat yang sanggup merisikokan diri dengan membuat laporan palsu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sanggup-risiko-diri-buat-laporan-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:56 MYT
Subang Jaya, 14 Mei 2022 - Walaupun menyedari implikasi serta tindakan undang-undang bakal dihadapi, namun masih ada segelintir masyarakat yang sanggup merisikokan diri dengan membuat laporan palsu. Ada yang membuat laporan palsu ini semata-mata atas dasar kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri.
Mendedahkan kepada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, kadar jenayah terkini melibatkan laporan palsu di kawasan berkenaan secara puratanya mencatatkan peningkatan sejak tahun 2020 sehingga 2021.
“Berdasarkan siasatan dijalankan, kadar kes melibatkan laporan palsu ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 12 kes pada tahun 2020.
“Angka ini sekali gus meningkat secara mendadak kepada 33 kes pada tahun 2021 dan untuk statistik terkini yang dicatatkan sehingga April, sebanyak empat kes tahun ini,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian berkaitan jenayah melibatkan laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya baru-baru ini.
Katanya, kertas siasatan akan dibuka jika perlu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang boleh mendatangkan bencana kepada seseorang lain. “Saya menasihati kepada mereka yang ingin membuat laporan palsu untuk apa jua tujuan supaya hentikan niat ini kerana hal ini akan terbongkar pada akhirnya," ujarnya lagi.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 14 May 2022 5.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM