Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sambutan Thaipusam 300 000 Dijangka Kunjungi Batu Caves Polis

Diterbitkan: 05 Feb 2023 3.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Februari 2023 - Polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam bermula petang semalam hingga hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sambutan-thaipusam-300-000-dijangka-kunjungi-batu-caves-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:12 MYT
Kuala Lumpur, 5 Februari 2023 - Polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam bermula petang semalam hingga hari ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam berkata ini berikutan pihak kuil di Batu Caves memaklumkan kepada polis pengunjung lebih ramai apabila ketibaan pedati petang semalam.

“Sejak Jumaat ramai pengunjung berulang-alik ke Batu Caves dan dijangkakan akan bertambah sehingga hari kejadian (kemuncak sambutan Thaipusam hari ini).
“Setakat ini, keadaan di Batu Caves terkawal dan teratur kecuali lalu lintas agak sesak," katanya selepas meninjau persiapan perayaan Thaipusam, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), CP Dato’ Azmi Abu Kassim dalam kenyataan semalam berkata, polis kontinjen KL menugaskan 682 pegawai dan anggota polis bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan lalu lintas semasa pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Subramaniam, Batu Caves.

Beliau berkata, berikutan itu, beberapa lokasi jalan ditutup dan dilencongkan malam kelmarin hingga jam 4 pagi semalam.
Katanya, beberapa jalan juga dilencongkan Isnin ini bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2023 3.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM