
Article
Keratan Akhbar Pilihan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Pengalaman Bina Semula Balai Polis Bukit Kepong Yang Musnah Dapat Rasai Kekejaman Komunis
Memandangkan ia adalah kisah benar serangan 180 pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, Jins inginkan pembinaan balai polis y...
Pontian, 3 September 2021 - Filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin sering diulang tayang menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun, namun, tidak ramai yang tahu di sebalik tabir pembikinan filem yang menceritakan kekejaman komunis itu.
Memandangkan ia adalah kisah benar serangan 180 pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, Jins inginkan pembinaan balai polis yang musnah dibina semula sebelum penggambaran dijalankan.
Salah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan Balai Polis Bukit Kepong bersama berek kelamin itu ialah pesara polis Lans Koperal Musa A. Rahim, 65, yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit kawalan kawasan (UKK).
Katanya, setelah menamatkan latihan asas di Batalion 9 Kem Polis Hutan Bakri, Muar selama tiga bulan pada 1979, dia telah ditempatkan di Balai Polis Kayu Ara Pasong sebelum diminta untuk ke Bukit Kepong pada tahun 1980.
"Memandangkan filem Bukit Kepong ini mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar, kami anggota UKK dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah diarah untuk membina Balai Polis Bukit Kepong mengikut keadaan asal.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.