
Artikel
Posting Pilihan Hut Ppm Ke 74 Kpn Sempurnakan Penamaan Semula Dua Kapal Ronda Ppm
Kedua-dua kapal berkenaan iaitu PZ 7 dan PZ 14 pernah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 26 Julai 2005 bagi tujuan operasi se...
Kota Kinabalu, 3 September 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyempurnakan penamaan semula dua buah kapal ronda kelas PZ milik Pasukan Polis Marin (PPM), yang berlangsung di Jeti Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), di sini, kelmarin.
Kedua-dua kapal berkenaan iaitu PZ 7 dan PZ 14 pernah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 26 Julai 2005 bagi tujuan operasi sebelum dipulangkan semula kepada PPM tahun lalu.
Sepanjang 15 tahun digunakan dalam agensi tersebut, kedua-dua kapal berkenaan menggunakan nama KM Berani bagi PZ 7 dan KM Budiman, PZ 14 sebelum ia secara rasmi dinamakan semula dengan nama PZ 1 dan PZ 2.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, fungsi dan peranan PPM dalam membanteras kegiatan jenayah rentas merangkumi pelbagai cabang termasuk sindiket penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi, dadah, beras, rokok, minuman keras, pasir dan hasil khazanah negara.
Justeru ulasnya, PPM harus bergerak selari dengan perkembangan teknologi industri maritim dengan memperkukuhkan lagi latihan, infrastruktur, keperluan sumber manusia, aset dan logistik.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Ghazali, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Othman Nanyan, Komander PPM, DCP Haji Mohd Yusoff Mamat, Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dan para pegawai kanan polis.
Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah










