Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sac Muhammad Idzam Kongsi Cerita Lihat Rakan Setugas Parah Dirempuh Samseng Jalanan

Diterbitkan: 08 Jun 2024 11.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2024 - Menggigil melihat rakan parah dan berlumuran darah selepas dilanggar 'samseng jalanan' ketika operasi mencegah lumba haram di ibu kota.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sac-muhammad-idzam-kongsi-cerita-lihat-rakan-setugas-parah-dirempuh-samseng-jalanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:29 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2024 - Menggigil melihat rakan parah dan berlumuran darah selepas dilanggar 'samseng jalanan' ketika operasi mencegah lumba haram di ibu kota.

Itu antara pengalaman tidak boleh dilupakan SAC Muhammad ldzam Dato' Hj. Jaafar semasa bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 1992.

Beliau yang kini Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur berkata, detik mengerikan itu berlaku semasa memulakan tugas di JSPT Kuala Lumpur.

"Operasi ketika itu dibuat pada waktu malam untuk banteras aktiviti pelesit rempit. Ketika sedang laksana sekatan jalan raya, rakan saya yang disapa sebagai Koperal Rauf tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal yang hendak melepaskan diri daripada ''road block'' masa itu.

"Memang kuat pelanggaran itu menyebabkan Koperal Rauf melambung dan terjatuh," katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut SAC Muhammad ldzam, beliau dan rakan lain segera mengangkat Koperal Rauf yang sedang berlumuran darah masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda untuk dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, keadaan rakannya pada ketika itu kritikal.

"Saya telah menghubungi isteri dan keluarganya untuk memaklumkan berkenaan kejadian itu, syukur alhamdulillah, dia selamat dan sehingga kini kami saling berhubung," katanya.

Ikuti kisah lanjut pengalaman dan cabaran tugas SAC Muhammad Idzam di pelbagai jabatan sepanjang tempoh beliau berkhidmat selama 33 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text that says 'Ketika sertai operas cegah lumba haram di ibu negara Oleh AHMAD ISMADI ISMAIL KUALALUMPUR 'Gigil tengo

May be an image of 9 people and text that says 'Sejarah Pulapol Kuala Lumpur kongsi gber- Pejabat pe- Idzam perkembangar terkini Pulapol Kuala /1964. awal
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2024 11.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM