Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ruu Jenayah Siber Pastikan Kekal Relevan Berkesan

Published: 02 Jul 2026 4.16 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 - Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 penting bagi memastikan undang-undang tempatan kekal relevan dan berkesan dalam memerangi jenayah siber secara tuntas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ruu-jenayah-siber-pastikan-kekal-relevan-berkesan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 - Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 penting bagi memastikan undang-undang tempatan kekal relevan dan berkesan dalam memerangi jenayah siber secara tuntas.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggubalan RUU berkenaan antara lain memperkukuh dan memastikan kerangka perundangan jenayah siber mapan dan berdaya tahan, bagi menangani jenayah siber yang semakin kompleks.

Katanya, RUU itu juga bakal menangani jurang landskap perundangan sedia ada di negara ini bagi menjamin keharmonian undang-undang supaya sentiasa relevan, responsif dan selari evolusi pesat teknologi digital Beliau berkata, penggubalan RUU yang menekankan prinsip teknologi neutral itu antara lain bakal memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 bagi memastikan negara memenuhi obligasi Konvensyen Budapest serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"RUU ini juga akan melindungi kepentingan awam serta menjamin keselamatan rakyat daripada ancaman siber, selain bakal dikuatkuasakan dengan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Agensi Keselamatan Siber Negara serta Majlis Keselamatan Negara.

"la antara lain memperkukuh inovasi dalam mekanisme pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan berhubung ancaman jenayah siber," katanya menerusi bacaan kali kedua RUU berkenaan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RUU Jenayah Siber pastikan kekal relevan, berkesan Penggubalan kukuh kerangka perundangan mapan tangani jenayah makin ko


ArticlePublished 02 Jul 2026 4.16 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM