
Artikel
TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SENATOR AHLI DEWAN NEGARA
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Senator Ahli De...
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Senator Ahli Dewan Negara, Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut menjadi wadah bagi mempererat hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta memperkenalkan calon yang berpotensi untuk dilantik sebagai pengurus pasukan bola sepak PDRM FC.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Hammizamri Abdullah, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Mazlan Ismail dan Superintenden Bibiana Ng Pei Chin.
Jurugambar: PDRM RMP TV




