Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ruu Jenayah Siber Lebih Kebal

Published: 14 Oct 2025 7.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Mendepani cabaran jenayah siber yang semakin berkembang daripada penipuan dalam talian, pencerobohan sistem sehingga serangan terhadap infrastruktur kritikal digital bukan mudah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ruu-jenayah-siber-lebih-kebal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT
Mendepani cabaran jenayah siber yang semakin berkembang daripada penipuan dalam talian, pencerobohan sistem sehingga serangan terhadap infrastruktur kritikal digital bukan mudah.

Ini kerana, semua cabaran itu menjadikan ancaman siber semakin kompleks.

Sejajar dengan pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, RM32 juta diperuntukkan bagi memerangi penipuan dalam talian, ancaman siber dan eksploitasi seksual kanak-kanak di ruang digital.
Pada masa sama, kerajaan mengambil langkah proaktif melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber.

Untuk rekod, RUU ini antara lain dirangka untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) yang dianggap tidak lagi relevan dengan evolusi teknologi digital dan modus operandi jenayah moden.

Akta berkenaan, sejak 1997, tidak pernah dipinda secara menyeluruh dan peruntukannya terhad hanya kepada kesalahan jenayah bersandarkan siber semata-mata, tanpa merangkumi kesalahan jenayah bantuan siber seperti penipuan dalam talian, pemalsuan digital atau pengubahan wang haram berkaitan kegiatan siber.

RUU Jenayah Siber dibangunkan supaya undang-undang negara lebih menyeluruh dan fleksibel untuk menangkis ancaman digital yang semakin kompleks dan sentiasa berubah.

Ikuti wawancara bersama Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara, Dr. Megat Zuhairy Megat Tajudin bagi mengupas Kepentingan RUU Jenayah Siber dalam menangani penipuan dalam talian dan jenayah siber.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


Keratan Akhbar Pilihan Ruu Jenayah Siber Lebih Kebal

Keratan Akhbar Pilihan Ruu Jenayah Siber Lebih Kebal
 
 
 
 
 
 
 
ArticlePublished 14 Oct 2025 7.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM