
Article
Keratan Akhbar Pilihan Rmp Open Championship 2023 Terima Pengiktirafan Mbor
Putrajaya, 9 Mei 2023 - Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level 111 menerima pengiktirafan 'peserta paling ramai dalam kejoha...
Putrajaya, 9 Mei 2023 - Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level 111 menerima pengiktirafan 'peserta paling ramai dalam kejohanan menembak' daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Kejohanan itu yang berlangsung selama selama tujuh hari bermula 1 Mei lalu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.