
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Rm59 97 Juta Saman Tertunggak Dijelaskan Sejak Januari Lalu Kpn
Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Sebanyak RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pengguna jalan raya melalui pembayaran secara dalam talian dan di kaunte...
Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Sebanyak RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pengguna jalan raya melalui pembayaran secara dalam talian dan di kaunter sejak Januari hingga Oktober lalu.
“Tindakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sistem pembayaran saman secara “cashless” dan digital memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, pada Selasa.
Tan Sri Acryl berkata, inisiatif lain yang dilaksanakan oleh JSPT bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak termasuklah dengan kempen pengurangan saman.
“Mengikut rekod sebanyak 37 Kaunter Diskaun Saman 50 Peratus telah dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman RM10.37 juta sejak Januari hingga Oktober lalu,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.