Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rm59 97 Juta Saman Tertunggak Dijelaskan Sejak Januari Lalu Kpn

Diterbitkan: 07 Dec 2022 4.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Sebanyak RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pengguna jalan raya melalui pembayaran secara dalam talian dan di kaunter sejak Januari hingga Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rm59-97-juta-saman-tertunggak-dijelaskan-sejak-januari-lalu-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT

Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Sebanyak RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pengguna jalan raya melalui pembayaran secara dalam talian dan di kaunter sejak Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, seramai 105,260 pengguna jalan raya telah menjelaskan kompaun saman tertunggak melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM49.6 juta melalui portal dan aplikasi ‘MyBayar Saman’.

“Tindakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sistem pembayaran saman secara “cashless” dan digital memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, pada Selasa.

Tan Sri Acryl berkata, inisiatif lain yang dilaksanakan oleh JSPT bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak termasuklah dengan kempen pengurangan saman.

“Mengikut rekod sebanyak 37 Kaunter Diskaun Saman 50 Peratus telah dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman RM10.37 juta sejak Januari hingga Oktober lalu,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
May be an image of text that says 'ALUMPUR Sebanyak saman melalui portal dan aplikasi 'MyBayar RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan sejak Januari
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2022 4.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM