Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rewcastle Brown Kena Waran Tangkap

Diterbitkan: 24 Sep 2021 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Majistret Nordiana Abd. Aziz memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Clare Rewcastle Brown, 62.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rewcastle-brown-kena-waran-tangkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:46 MYT
Kuala Terengganu, 24 September 2021 - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarang Sarawak Report berikutan gagal hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd. Aziz memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Clare Rewcastle Brown, 62.

Mengikut pertuduhan, Rewcastle Brown didakwa membuat tohmahan yang merosakkan nama baik baginda dalam buku “The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.”

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2021 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM