Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Sasaran Pemangsa Seksual Kpp D11

Published: 10 Oct 2021 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 10 Oktober 2021 - Remaja berusia 13 sehingga 15 tahun sering menjadi sasaran pemangsa seksual yang mencari mangsa menerusi rangkaian media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-sasaran-pemangsa-seksual-kpp-d11
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:05 MYT
Petaling Jaya, 10 Oktober 2021 - Remaja berusia 13 sehingga 15 tahun sering menjadi sasaran pemangsa seksual yang mencari mangsa menerusi rangkaian media sosial.

Sebanyak 2,739 remaja daripada kumpulan berkenaan dilaporkan menjadi mangsa dalam tempoh 2018 sehingga tahun lalu dan turut menjadi sasaran ialah belia berusia 18 tahun sehingga 30 tahun dengan 5,331 kes dilaporkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, jumlah keseluruhan mangsa seksual dalam tempoh sama ialah sebanyak 10,044 orang.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, katanya, golongan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun turut tidak terlepas menjadi mangsa seks apabila sebanyak 456 orang dicatatkan diikuti mereka yang berusia 6 hingga 9 tahun (188 orang) dan bawah 6 tahun (79 orang).

ACP Puan Siti Kamsiah berkata, penggunaan telefon pintar untuk menguruskan akademik, kerja dan bersosial mendedahkan mereka kepada pemangsa seks.

"Pemangsa menggunakan media sosial untuk memancing mangsa dengan menunjukkan rasa sayang dan menganggap mangsa seorang yang istimewa," katanya.
ACP Puan Siti Kamsiah turut menasihatkan mangsa gangguan seksual agar segera membuat laporan polis dan tidak perlu takut meskipun pemangsa adalah individu yang dikenali kerana perlindungan akan diberikan kepada mangsa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 10 Oct 2021 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM