Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Bersalah Bunuh 23 Individu

Diterbitkan: 18 Aug 2020 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2020 - Suasana sedih menyelubungi Mahkamah Tinggi di sini semalam ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang didapati bersalah membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada September 2017 lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-bersalah-bunuh-23-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:38 MYT

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2020 - Suasana sedih menyelubungi Mahkamah Tinggi di sini semalam ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang didapati bersalah membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada September 2017 lalu.

Hakim Azman Abdullah selepas prosiding turut mendoakan agar roh semua 23 penghuni tahfiz yang meninggal dunia dalam kejadian itu dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

"Saya doakan roh yang meninggal dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan menjadi ahli syurga," katanya.

Pada prosiding semalam, tertuduh kes berkenaan yang ketika kejadian berusia 16 tahun bagaimanapun terlepas hukuman gantung sampai mati apabila hakim yang mendengar kes itu mengguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Seksyen tersebut memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong.

Hakim Azman mensabitkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 23 pertuduhan tanpa sebarang keraguan munasabah dan mendapati tertuduh melakukan jenayah itu dengan niat membunuh.

Selain itu, fakta-fakta kejadian itu turut disokong apabila terdapat kewujudan petrol dan tong gas di pintu utama pusat tahfiz tersebut yang mana pintu itu merupakan laluan utama untuk keluar dan telah memerangkap mangsa-mangsa ketika kejadian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 16 tahun (ketika kejadian) bersama seorang yang tidak dicamkan didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi hingga 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Bersalah Bunuh 23 Individu

Image may contain: 9 people, text that says 'Hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Remaja bersalah bunuh 23 individu Suasana Kron

ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2020 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM