Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Bawah Umur Direkrut Jadi Gengster

Diterbitkan: 25 Feb 2021 1.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 25 Februari 2021 - Golongan remaja termasuk yang masih bawah umur dikenal pasti antara sasaran geng gengster untuk direkrut bagi menyertai kumpulan itu bagi menjalankan aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-bawah-umur-direkrut-jadi-gengster
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT

Petaling Jaya, 25 Februari 2021 - Golongan remaja termasuk yang masih bawah umur dikenal pasti antara sasaran geng gengster untuk direkrut bagi menyertai kumpulan itu bagi menjalankan aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah.

Bukan itu sahaja, kumpulan gengster di negara ini juga turut dikesan terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan selain melakukan ugutan jenayah dan pemerasan di tapak projek, premis serta kawalan keselamatan demi mencapai kepuasan dan matlamat mereka.

Paling membimbangkan, ada juga kumpulan gengster dikesan sanggup bertindak di luar batasan apabila berani terlibat dalam kes bunuh.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, terdapat dua kategori geng gengster yang dikesan aktif bertapak di negara ini iaitu kumpulan kongsi gelap (secret society) dan samseng tempatan (thuggangs atau hooligan).

Yang mana, kata beliau, bagi kumpulan kongsi gelap, keahlian mereka adalah kecil selain tiada cawangan dan hanya diwujudkan di sesuatu kawasan sahaja serta tiada hubungan antara daerah dengan kawasan lain.

Malah, kata beliau, kumpulan ini juga tiada pemilihan ketua cawangan dan ahli jawatankuasa seperti Geng 21, Geng 18 serta lain-lain lagi yang dikenal pasti.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.


May be an image of text that says 'Terlibat kes pengedaran dadah, rusuhan Remaja bawah umur direkrut jadi 49 kumpulan pertubuhan telah diwartakan 1966 oleh
ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2021 1.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM