Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Rawat Kelemahan Poca Cegah Judi Dalam Talian

Published: 16 Oct 2023 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2023 - Gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dikuatkuasakan kembali untuk memerangi aktiviti jenayah terancang, termasuk sindiket judi perlu diberikan perhatian ekoran Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tidak mampu untuk menumpaskan kegiatan judi haram, terutama beroperasi dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rawat-kelemahan-poca-cegah-judi-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2023 - Gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dikuatkuasakan kembali untuk memerangi aktiviti jenayah terancang, termasuk sindiket judi perlu diberikan perhatian ekoran Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tidak mampu untuk menumpaskan kegiatan judi haram, terutama beroperasi dalam talian.

Kita wajar melihat cabaran dari aspek keterangan untuk mengemukakan pertuduhan terhadap sindiket judi dalam talian dan kesannya kepada ketenteraman awam yang menyentuh Perkara 149(1)(f) Perlembagaan Persekutuan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengakui kesukaran membendung judi dalam talian kerana ia tidak termasuk dalam ruang lingkup Akta Rumah Judi Terbuka dan Akta Pertaruhan 1953.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan beberapa langkah ke hadapan untuk menjejaki dan menumpaskan kegiatan mereka.

Beberapa langkah diperlukan PDRM untuk membanteras kegiatan judi dalam talian ialah menerusi pendekatan dibenarkan POCA kini terhalang akibat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes ‘Nivesh Nair a/1 Mohan''.

Dalam kes itu, Seksyen 4 dan 15B POCA ditafsirkan sebagai bercanggah dengan Perkara 121 dan 4(1) Perlembagaan atas sebab merampas kuasa semakan kehakiman mahkamah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says ''Rawat' kelemahan POCA cegah judi dalam talian Kegiatan judi dalam talian berkembang pantas Asas
ArticlePublished 16 Oct 2023 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM