
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 43 Rakyat Malaysia Di Peru Polis Akan Temu Duga Mangsa Kpn
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pihak berkuasa Peru bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes pemerdagangan...
Petaling Jaya, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pihak berkuasa Peru bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam melibatkan 43 rakyat Malaysia di negara berkenaan.
“Kita ada menghubungi mereka (polis Peru) melalui Kedutaan Peru di sini pada Khamis lalu bagi mendapatkan maklumat terperinci.
“PDRM masih menunggu dan siasatan akan dijalankan. Bagaimanapun keterangan mangsa akan dibuat selepas kesemua mereka pulang di negara ini nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan kesemua 43 mangsa tersebut kini di bawah jagaan polis Peru namun Kedutaan Malaysia di Peru melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.