
Article
Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Cecah Rm149 Juta
Kangar, 5 May 2026 - Pihak berkuasa di negeri ini sentiasa berjaya mengekang aktiviti penyeludupan dadah meskipun pelbagai helah dilakukan sindiket penyeludupa...
Kangar, 5 May 2026 - Pihak berkuasa di negeri ini sentiasa berjaya mengekang aktiviti penyeludupan dadah meskipun pelbagai helah dilakukan sindiket penyeludupan berkenaan.
la terbukti menerusi kejayaan hasil rampasan yang direkodkan di Perlis yang mencecah lebih RM149 juta hanya dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2023 hingga 2025.
Pada 2023 nilai rampasan direkodkan sebanyak RM67.74 juta manakala pada 2024 sebanyak RM22.8 juta dan 2025 mencecah RM58.8 juta.
Daripada jumlah itu, dadah jenis Syabu merekodkan nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak 2.8 tan metrik membabitkan nilai RM119.5 juta.
Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket pengedaran dadah dikenalpasti terus menggunakan laluan laut dan darat terutama melalui lorong-lorong tikus di kawasan hutan tebal sempadan negeri ini bagi melakukan aktiviti penyeludupan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
