Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ramai Lelaki Mangsa Gangguan Seksual

Diterbitkan: 09 Aug 2023 5.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 9 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak menolak kemungkinan ramai mangsa gangguan seksual terutamanya lelaki gagal tampil untuk melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ramai-lelaki-mangsa-gangguan-seksual
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:36 MYT
Putrajaya, 9 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak menolak kemungkinan ramai mangsa gangguan seksual terutamanya lelaki gagal tampil untuk melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa.

Menterinya, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, sejak tahun lalu sehingga kini, jumlah kes gangguan yang telah direkodkan adalah sebanyak 506 kes.

Bagaimanapun katanya, jumlah sebenar kes gangguan seksual yang berlaku itu mungkin melebihi data rasmi berikutan masih terdapat mangsa enggan tampil untuk melaporkannya.

“Ini terutamanya mangsa lelaki yang tidak ramai melaporkannya dan saya percaya kes (sebenar) adalah melebihi laporan yang diterima secara rasmi.

“Oleh sebab itu, kita adakan advokasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mereka kenali apa yang dimaksudkan dengan antigangguan seksual," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2023 5.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM