
Article
Keratan Akhbar Pilihan Ramai Lelaki Mangsa Gangguan Seksual
Putrajaya, 9 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak menolak kemungkinan ramai mangsa gangguan seksual terutamanya le...
Putrajaya, 9 Ogos 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak menolak kemungkinan ramai mangsa gangguan seksual terutamanya lelaki gagal tampil untuk melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa.
Menterinya, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, sejak tahun lalu sehingga kini, jumlah kes gangguan yang telah direkodkan adalah sebanyak 506 kes.
“Ini terutamanya mangsa lelaki yang tidak ramai melaporkannya dan saya percaya kes (sebenar) adalah melebihi laporan yang diterima secara rasmi.
“Oleh sebab itu, kita adakan advokasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mereka kenali apa yang dimaksudkan dengan antigangguan seksual," katanya.