Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ramai Hilang Nyawa Atas Jalan Raya

Diterbitkan: 28 Sep 2020 7.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 September 2020 - Kadar kemalangan maut di Malaysia berada dalam keadaan membimbangkan apabila seramai 3,149 individu disahkan terkorban di atas jalan raya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ramai-hilang-nyawa-atas-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT

Kuala Lumpur, 28 September 2020 - Kadar kemalangan maut di Malaysia berada dalam keadaan membimbangkan apabila seramai 3,149 individu disahkan terkorban di atas jalan raya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ini bermakna, purata jumlah kematian yang direkodkan dalam sebulan adalah 393 orang atau bersamaan 13 orang dalam sehari atau seorang bagi setiap 110 minit.

Daripada jumlah itu, penunggang dan pembonceng motosikal menjadi penyumbang terbesar kepada kematian di jalan raya.

Lebih menyedihkan, kebanyakan kematian adalah membabitkan mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, purata kematian disebabkan kemalangan adalah seramai 13 orang setiap hari, iaitu menurun berbanding 17 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, secara keseluruhan statistik 3,149 kematian itu adalah berkurangan sebanyak 1,002 kes atau 24.1 peratus berbanding jumlah kematian bagi tahun 2019.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 1 person, text that says 'Purata 13 orang maut setiap hari, penunggang motosikal jadi penyumbang utama Ramai hilang nyawa atas jalan ray
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2020 7.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM