Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Waspada Dengan Penipuan Pakej Pelancongan

Diterbitkan: 28 Sep 2020 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 September 2020 – Sebanyak 40 laporan polis diterima di seluruh negara dengan jumlah kerugian hampir RM500,000 membabitkan penipuan pakej penginapan bilik hotel mewah dipercayai didalangi sepasang suami isteri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-waspada-dengan-penipuan-pakej-pelancongan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur, 28 September 2020 – Sebanyak 40 laporan polis diterima di seluruh negara dengan jumlah kerugian hampir RM500,000 membabitkan penipuan pakej penginapan bilik hotel mewah dipercayai didalangi sepasang suami isteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya membuka empat kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Sehingga kini, sebanyak 40 laporan polis diterima dengan kerugian berjumlah RM497,610. Daripada laporan itu, kami membuka empat kertas siasatan bagi kes terbabit.

"Semua mangsa yang membuat laporan polis terdiri daripada beberapa latar belakang pekerjaan termasuk kakitangan hospital, pemilik agensi pelancongan, kakitangan kerajaan serta pensyarah." katanya dalam kenyataan, di sini.

Dato’ Zainuddin berkata, modus operandi sindiket itu adalah menawarkan pakej pelancongan di hotel mewah kepada mangsa menerusi mesej di kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

"Mangsa yang melihat tawaran murah itu kemudian bersetuju dan membuat pembayaran ke dalam akaun milik suspek yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat dipercayai agensi pelancongan.

"Mangsa kemudian rasa tertipu apabila tidak mendapat sebarang makluman mengenai perkembangan urusan pakej yang sudah ditempah.

AWAS! Hindari diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Jangan terpedaya dengan pakej pelancongan murah yang ditawarkan tanpa membuat semakan maklumat yang diterima terlebih dahulu melalui pihak yang berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, hat, text that says 'nampir penipuan mewan didalangi tipu pakej pelancongan Lumpurs Sebanyak 40 se- jumlah JSJK Bukit Aman sah
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2020 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM