Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pusara Di Simpang Lampu Isyarat

Published: 01 Nov 2022 2.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 29 Oktober 2022 - Pelanggaran lampu isyarat merah bukan isu baharu dilakukan pengguna jalan raya di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pusara-di-simpang-lampu-isyarat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT
Petaling Jaya, 29 Oktober 2022 - Pelanggaran lampu isyarat merah bukan isu baharu dilakukan pengguna jalan raya di negara ini.

Lebih membimbangkan, pelanggaran lampu isyarat ini bukan sahaja dilakukan penunggang motosikal bahkan pemandu kenderaan lain seperti kereta, van, malah turut dilakukan oleh segelintir pemandu lori.

Pelbagai operasi dan penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengatasi masalah ini.

Namun ia seolah-olah tidak memberikan kesan kepada pengguna jalan raya yang didapati terus melakukan kesalahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pelbagai alasan diberikan pemandu yang melanggar lampu isyarat; antaranya lewat, mengejar masa dan terpaksa menunggu lama disifatkan sebagai tidak relevan.

“Memang banyak alasan diberikan yang mana melibatkan masa tetapi bagi saya tidak sesuai kerana kepatuhan terhadap lampu isyarat ini penting bukan sahaja ia undang-undang jalan raya tapi melibatkan nyawa.

“Perbuatan melanggar lampu isyarat ini seolah-olah menggadaikan nyawa bukan sahaja pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu tetapi melibatkan pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran atau di pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/.../pusara-di-simpang....
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person and road
ArticlePublished 01 Nov 2022 2.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM