
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Proses Jus Dadah Rm 11 4 Juta Dalam Rumah Teres
Johor Bahru, 6 November 2025 - Kegiatan satu sindiket memproses dadah untuk dijadikan minuman jus sebelum diedarkan di pusat hiburan sejak empat bulan lalu ter...
Johor Bahru, 6 November 2025 - Kegiatan satu sindiket memproses dadah untuk dijadikan minuman jus sebelum diedarkan di pusat hiburan sejak empat bulan lalu terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di sini baru-baru ini.
Dalam serbuan selama dua hari bermula Isnin lalu itu, polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang berperanan sebagai penjaga stor dan merampas dadah seberat 115.09 kilogram (kg) bernilai lebih RM 11.4 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, sindiket dadah itu dipercayai aktif sejak Julai lalu dan mempunyai rangkaian pengedaran yang luas di negeri ini.
“Suspek ditahan di sebuah rumah teres berpagar dan berpengawal yang disewa untuk dijadikan lokasi penyimpanan dan pemprosesan dadah sebelum barangan tersebut diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Hasil pemeriksaan di lokasi tersebut menemui pelbagai jenis dadah antaranya 17 peket pil Ekstasi seberat 25.24 kg, Syabu (23.10 kg), serbuk MDMA (22.43 kg) dan Ketamin (13.4 kg).
“Turut dirampas serbuk pil Ekstasi (11.51 kg), satu peket plastik pil Erimin 5, 6,000 papan keranjang timah pil Erimin 5 (19.41 kg) dan peralatan memproses dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.