Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Prn Pdrm Usaha Selesaikan Kes Kesalahan Dalam Tujuh Hari Kpn

Published: 17 Jul 2023 3.53 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kota Bharu, 17 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berusaha menyelesaikan siasatan terhadap kes berkaitan kesalahan pilihan raya, ketika proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung 12 Ogos ini, dalam tempoh tujuh hari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-pdrm-usaha-selesaikan-kes-kesalahan-dalam-tujuh-hari-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kota Bharu, 17 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berusaha menyelesaikan siasatan terhadap kes berkaitan kesalahan pilihan raya, ketika proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung 12 Ogos ini, dalam tempoh tujuh hari.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan segera akan dilakukan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri masing-masing.
Katanya, polis juga akan mewujudkan pasukan rondaan Op Cantas untuk melaksanakan rondaan sepanjang tempoh berkempen.
“Saya mengingatkan semua pihak tidak melakukan sebarang insiden atau kesalahan sama ada membakar bendera parti atau sebagainya sepanjang tempoh berkempen berlangsung.

“Mereka yang terbabit dengan sebarang kesalahan pilihan raya akan didakwa di mahkamah secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat berhubung (PRN) kepada Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 17 Jul 2023 3.53 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM