
Article
Keratan Akhbar Pilihan Prn Op Cantas Pantau Hasutan Provokasi
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Isu 3R (agama, bangsa, raja) menjadi antara tumpuan utama yang akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Cantas sepa...
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Isu 3R (agama, bangsa, raja) menjadi antara tumpuan utama yang akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Cantas sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata Op Cantas juga dilancarkan bagi mengesan kesalahan lain yang biasa berlaku sepanjang tempoh berkempen.
“Op Cantas sudah bermula sejak Mei lalu bagi memastikan kelancaran semasa proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
“Menerusi operasi itu, PDRM menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses PRN,” katanya semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.