Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Prn Op Cantas Pantau Hasutan Provokasi

Diterbitkan: 25 Jul 2023 4.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Isu 3R (agama, bangsa, raja) menjadi antara tumpuan utama yang akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Cantas sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-op-cantas-pantau-hasutan-provokasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Isu 3R (agama, bangsa, raja) menjadi antara tumpuan utama yang akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Cantas sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata Op Cantas juga dilancarkan bagi mengesan kesalahan lain yang biasa berlaku sepanjang tempoh berkempen.

Antaranya, beliau berkata, perbuatan khianat ke atas kain rentang, bendera milik parti serta calon bertanding, kenyataan berunsur provokasi dan hasutan di media sosial.

“Op Cantas sudah bermula sejak Mei lalu bagi memastikan kelancaran semasa proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Menerusi operasi itu, PDRM menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses PRN,” katanya semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2023 4.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM