Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Prn Lebih 90 Peratus Keluar Mengundi

Diterbitkan: 09 Aug 2023 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 9 Ogos 2023 - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu semalam lancar dengan lebih 90 peratus pengundi berdaftar direkod menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-lebih-90-peratus-keluar-mengundi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:57 MYT
Shah Alam, 9 Ogos 2023 - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu semalam lancar dengan lebih 90 peratus pengundi berdaftar direkod menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan keseluruhan 72,554 pengundi awal terdiri anggota tentera dan polis serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat mengundi awal secara berperingkat sejak jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
Setiausaha SPR, Dato' Indera Ikmalrudin Ishak berkata, Kedah merekodkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 96.02 peratus, Terengganu (95.91 peratus), Selangor (95.87 peratus), Pulau Pinang (95.01 peratus), Negeri Sembilan (94.05 peratus) dan Kelantan sebanyak 93.9 peratus.

“Bagi Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Kuala Terengganu, seramai 1,286 orang pengundi atau bersamaan 95.47 peratus terdiri tentera dan pasangan serta polis sudah mengundi awal,” katanya.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN dibuka serentak di enam negeri bermula 8 pagi.
Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2023 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM